Objektif


Seperti yang kita semua maklum, setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, umat Islam seluruh dunia akan meraikannya dengan mengerjakan ibadah haji di Makkah dan melaksanakan ibadah Korban. Semua ini dilakukan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, objektif Program “Berkat Korban 2.0” ini adalah:
  1. Untuk meneruskan kesinambungan Program “Berkat Korban 2020” yang julung kali diadakan di pusat membeli-belah AEON pada 27 Jun 2020.
  2. Untuk memudahkan Pelanggan AEON khususnya yang beragama Islam melaksanakan Ibadah Korban secara sistematik dan telus terutama sekali didalam tempoh pandemik ini dengan membuat pendekatan selaras dengan tagline AEON iaitu “From Mosque To Mall”.
  3. Menjadi satu platform pada umat Islam yang menunaikan Ibadah Korban dalam memperolehi harga yang kompetitif, pengurusan yang lebih komprehensif serta melalui sistem logistik fasiliti dan agihan yang bersih dan suci bagi mengekalkan kualiti daging hasil dari ibadah korban yang dijalankan untuk pihak penerima mahupun para asnaf.
  4. Dapat membuka ruang dan peluang bagi menyemarakkan lagi Industri Ruminan Malaysia sekaligus membantu menyediakan platform jualan agresif kepada para penternak tempatan yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 ini terutama sekali dalam memasarkan hasil ternakan mereka untuk rakyat Malaysia.
  5. Dapat menyemarakkan suasana kegembiraan semasa Aidiladha meskipun rakyat Negara ini mesti mengamalkan norma baru di dalam kehidupan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Proses Pembungkusan dan Logistik



Setiap bahagian (15kg) akan diasingkan dan dibungkus termasuk tulang kedalam pek 1kg.


Daging disusun di dalam kotak pembungkusan.


Proses pembahagian dilakukan di Perishable Transfer Centre (PTC).


Daging disimpan dan dihantar menggunakan lori sejuk beku.


Proses penghantaran dilakukan ke semua AEON terpilih seluruh Malaysia.


Peserta Korban hadir ke AEON dan perlu membawa resit rasmi untuk penyerahan daging Korban.